Tuesday 8 January 2013

JODOH

haluuuu...assalamualaikum readers....

ntah kenape hari ni memulakan hari dengan word "JODOH" jer....stat dgn topik kat radio Suria fm pepagi td dgn tajuk Jodoh...pastu spai kat ofis asyik cita pasal jodoh ngan colleague.....hmmmm yg pastinya kt xmpu nak meramal perkara tu kerana Jodoh adalah rahsia Allah kan....

Yang pasti kt as HambaNya perlu percaya pada janjiNya and set in mind Allah knows better wut d best for us....dalam tgh2 mengKlik2 blog kwn2 ttibe ak tbaca entry nih yg jg hal Jodoh...aiyakkk...apakah??

hmmmm apepun ak nak share ngan korang ape yg dah ak baca....khusus utk kwn2 yg sm sperti ak yg masih menunggu jodoh dari Allah s.w.t.....


Kepada yang empunya diri:

1. Mulai hari ini datanglah kepada Allah dan lahirkan kehendak dan keinginan hati untuk menerima jodoh dari Allah.
2. Duduklah setiap hari mengadap Allah (inshaAllah akan dijelaskan dengan praktikal nanti) lalu bersedialah menerima jodoh dari Allah.
3. Pasrahlah hati untuk menerima pilihan yang terbaik di sisi Allah.

Halangan Jodoh:
Ramai yang berdoa kepada Allah untuk mendapatkan jodoh namun terhijab oleh keraguan pada Allah sedangkan doanya sudah baik ” ya Allah aku memohon pasangan yang terbaik di sisiMu ya Allah”… namun ketika memohon jodoh pada Allah, pasti ada sedikit dalam hati yang meragukan Allah dengan terdetik dalam hati…
“eh kalau Allah beri aku pasangan yang teruk perangainya macam mana pula ye? Mana tahu itu yang Allah kata terbaik untuk aku. Susah jadinya aku nanti.”
“hmmm buatnya yang terbaik di sisi Allah lelaki/wanita yang hodoh macam mana ye?
“Buatnya Allah kata yang terbaik tu nanti cacat ke… kekurangan itu ini ke… huh! abislah aku.”

dan pelbagai lagi keraguan kita pada Allah yang kita tidak sedari.
Selagi ada rasa dalam hati begitu, ia akan terus menghijab akibat keraguan pada Allah. Memohon kepada Allah tetapi tidak yakin Allah akan beri yang terbaik di sisi Allah dengan memikirkan negatif kepada Allah.
Namun rasa negatif itu tidak mampu dibuang dengan fikiran kerana rasa ini datang dalam hati. Lalu caranya adalah melatih diri agar pasrah dan benar-benar ke Allah berserah total.
Yakinlah seandainya Allah berikan pasangan yang terbaik di sisiNya pasti yang diberikan itu memenuhi kehendak hati kita dan menyenangkan hati kita. Ketika kita sedia menerima pasangan kita, pastinya ketika itu kita menerima sepenuhnya pasangan kita itu kerana itu jodoh kita. Jika tidak pastilah tidak akan terjadi hubungan kita dengan kenalan kita seandainya kenalan kita itu tidak menyenangkan hati kita. Jika ia jodoh kita…. Allah pasti mengaturkan semuanya terbaik buat kita. Mengapa masih ada keraguan pada Allah?
YANG UTAMA SYARATNYA adalah yakin pada Allah bahawa pasti ketika kita meminta yang terbaik, Allah akan berikan yang terbaik. Pasti diberikan Allah seorang pasangan yang mampu membahagiakan hati kita. Pasti.
Lalu selalulah pulang ke Allah agar jiwa itu memutikkan rasa cinta kepada Allah yang benar datang dari jiwa. Bukan mencintai Allah menggunakan fikiran… buat-buat cinta sedangkan bila diuji rasa itu… kita sendiri meraba-raba mencarinya. Pastinya tidak ada kerana cinta yang kita ada bukan rasa tetapi sekadar ilmu di fikiran.
Pulanglah ke Allah sentiasa dengan menyedariNya dalam apa jua aktiviti kita. Pertahankan kesedaran ini. Pasrah dan berserah pada Allah.
Yakinlah tidak lama lagi saudara akan mendapat jodoh.

 YAKINLAH bahawa ALLAH SEDANG MEMPROSES… MENGGERAKKAN pasangan kita untuk bertemu dengan kita dalam satu suasana yang pasti menjadi ingatan kita buat selama-lamanya. Allah sedang aturkan tidak sesaat awal dan tidak sesaat lewat… TEPAT PADA WAKTUNYA.

Tugas kita teruskan memohon pertolongan Allah dengan SABAR dan SOLAT. Buangkan hijab keraguan ini, sedarilah Allah setiap saat.. di sana pasti saudara akan berasa yakin pada Allah setiap saat hidup ini.
“Ya Allah, kami mohon kepadaMu ya Allah agar saudara-saudara kami menerima jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Semoga jiwa-jiwa mereka datang kepadaMu dengan benar dan menerima 100% sepenuhnya segala kehendakMu tanpa ada ragu samada yang nyata atau tidak nyata. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Awak......jodoh itu rahsia Allah..
 ☻♥☻
 /█\ /█\
 .||.  .||.
SEKUAT mana awak setia...
SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya... 


 Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..sy xkan pernah berhenti or penat berdoa supaya awklah yg menjadi Imam pd sy 1hr nti wpun sy xtau dmana awk berada now...Amin.....

No comments:

Post a Comment