Tuesday, 29 January 2013

Pacu Laju-Laju....Weeeeeeee

Morning readers......

rindunyaaa........dh 2-3 hr x update blog....huhuhu....motifkan title entry pacu laju2...heeeee yer r ak baru jer spai dr kg smalam......
penat, ngantuk, biul sume ade..nih pepagi dah masuk ofis.....

npe title entry pg nih Pacu laju2......hi3,,,,nih al-kisah sepanjang cuti thaipusam last week......

Aku betolak balik kg ari Sabtu ptg..fyi kampung aku kat Perlis Indera Kayangan.....hu3 nih sume gara2 ayah yg tel suh balik kampung gak..kalu ikut aku dah xnk balik lah sbb time aku btolak balik tu pun dah pkul 2ptg....tp dsbbkan rindu kat mak ayah hmmmmm trus pacu laju2 balik kg......

weeeeee......bw daku pergi...pacu laju2......






















Tapi ari Sabtu tuh mmg xberape nak ble pacu laju2 sgt lah sbb jalan????waaaaa seperti yg kawan2 ble nmpak kat gambar kat bwh tuh.....hohohooh....oleh krn xtahan dgn jln yg sgt slow....ape g awek nih amik laluan kecemasan r...dh nm pun pacu laju2....hihhhihihi...terukkan awek nih???sgt x mematuhi peraturan jln raya.....phewwwwwww

 

Tapi papepun sepanjang otw menuju ke arah Utara mmg sgt menenangkan.....hi3..... yer r pemandangan die hijau jer....bukit bukau, awan yg biru, perghhh best sgt....tp hari ak balik tuh cuaca sgt best...redup n mendung je spanjang jln...tp Alhamdulillah tak hujan....kalu hujan mmg failed r aku nak drive....sbb mata aku nih kero skit time hujan.....

Cantek kan pemandangan air terjun tuh...Air terjun Lata Kijang....nih masa otw tgh2 sgkut dlm jem.....




Erm aku kat kg spai hari Isnin...so mcm biasa r bl balik kampung...Marathon makan...weeeeeeee....

Gambar yg kat bwh tu...time nih kami wat mkn kat luar umah....konsep makan2 mlm tu ialah kami boleh order ja apa yg kami nak mkn...ayah aku jadi tukang masak.....u're d best chef DAD.....





ni Char Kway Teow yg aku order...mmg marvelous....
Besoknya for lunch lak ktorg mkn ikan bakar...nyummy....tambah2 lak with mak punya Gulai ikan sembilang.....hingga menjilat jari lah.....mmg terbaik...


 



ermm sbnarnya mcm2 lg menu ktorg slama kat kampung tp yg tuh je aku sempat amik gbr....

N smalam rs cam mls je nak balik kl....asyik2 delay2 jer nak betolak balik....aku btolak balik dah kul 10mlm n spai kl kul 3pg....ermmmm...smalam mmg btul aku pacu laju2 sbbnya nak sampai kl cpt2 sbb pg nih kn masuk keje.....tp pg nih mmg ak blur sgt....mybe penat kowt.....

oklah kwn2 ckup lah spai sini dulu entry nih...c u on next entry yaaaaaa.....

daaaaaa......

Friday, 25 January 2013

Sabar itu Indah....

Hi Readers....

2nd entry for today yg aku copy paste dr blog ustaz muda feveret aku....saje nak share ngan kwn2 wanita ku..jom kt bkongsi ilmu sm2......

"Kebimbangan Hawa Menanti Jodoh"








Saya rasa, ini bukanlah kali pertama saya menulis tentang ini. Ada beberapa artikel yang telah saya tulis menyentuh perkara yang sama.
Namun kali ini, satu utuskan lagi satu artikel bagi merawati kebimbangan kaum hawa. Mungkin bukan semua, tetapi sebilangan besar juga dari mereka. Kebimbangan bersulam keresahan, menghitung hari demi hari dan bulan demi bulan, bilakan tiba saat diri disunting orang.
Dalam penantian bersarung kemarau yang panjang, sesekali badai pula yang mendatang.
Musim lambakan kad walimah salah satu dari badai tersebut. Riak tenang di wajah yang kita pandang, ribut badai di hati siapa yang tahu. Dan siapa yang faham.

RAHSIA
Sesekali terfikir, entah apalah hikmahnya Allah rahsiakan detik tersebut dari anda? Mengapa tidak diberitahu sahaja lebih awal, bila saat tibanya lamaran dan siapakah insan istimewa yang bakal menghadiahkan lamaran tersebut? Tidaklah anda bersedih hati dan hidup dalam kegundahan menunggu jodoh tak kunjung datang.
Tetapi kita segera sedar, bahawa yang dirahsiakan itu bukan sahaja tentang jodoh, tetapi juga ajal.
Ia perkara pasti dan comfirm.

Allah Ta’ala berfirman :


Maksudnya : Katakanlah ; aku tidak mampu mendatangkan kepada diriku kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Tiap-tiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba saat ajal mereka, sesekali tidak akan dapat mereka lambatkan walau sesaat, mahupun mempercepatkannya. [ Yunus : 49 ]
Entah bila, tetapi ada. Entah bagaimana, tetapi pasti.
Nah, jodoh juga begitu. Puas difikir bila dan bagaimana, namun jawapannya tetap menjadi rahsia Allah.
Dan paling penting, kita diminta untuk meyakini ketetapan Allah tersebut. Kita diperintahkan untuk yakin bahawa suratan itu telah ada, dan tidak akan sesekali boleh diubah oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda :
” Ketahuilah sekiranya seluruh ummat manusia berhimpun untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan kebaikan tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu, dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan mudarat tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. Telah terangkat pena dan telah keringlah dakwat “
[ Riwayat Tarmizi : Dipetik dari kitab Riyadhus Salihin ]
Jodoh adalah salah satu dari rahsia Allah yang mesti diimani. Dan anda sedang menunggu detik terlaksananya ketentuan tersebut.

BOLEH JADI
Memang betul, melihat kawan-kawan anda seorang demi seorang dipetik pergi adalah satu perkara yang meresahkan. Apatah lagi jika kawan-kawan itu semuanya lebih muda daripada anda. Sedangkan anda masih terpaksa mengukir senyum pahit kepada mereka dalam usaha menyembunyikan rasa di jiwa.
Tapi pernahkah anda terfikir, boleh jadi Allah sengaja menangguhkan kehadiran lelaki soleh tersebut ( insyaAllah ) supaya anda mempunyai ruang dan peluang yang lebih besar untuk agenda persiapan?

Persiapan apa?

1- Diri sendiri. Luaran dan dalaman. Mungkin jika anda ditakdirkan berkahwin sebelum itu, akan mengundang kemudaratan pula kepada anda. Barulah terasa betapa sesalnya memasuki alam perkahwinan tanpa persediaan. Mungkin aspek kecantikan dalaman kurang dititikberatkan sebelum ini. Kecantikan hati, keindahan budi, ia mudah dikesan jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri dan tidak kisah jika orang sekeliling berkecil hati. Kalau sudah berkahwin, sikap tidak baik ini boleh mengundang kebencian suami.

2- Pengurusan. Diri sendiri dan apa sahaja yang anda lakukan. Boleh jadi anda kurang menitikberatkan aspek pengurusan diri dan terlalu sibuk dengan kerjaya anda sahaja. Maklumlah, ramai juga kaum hawa yang menyibukkan diri dengan kerja-kerja demi melupakan persoalan jodoh. Termasuk juga dalam bab pengurusan ini ; kecantikan. Ramai orang yang diberi anugerah rupa yang cantik molek, tetapi dipandang hodoh sebab gagal pengurusan. Bahasa kasarnya, selekeh. Orang tengok pun tidak menarik. Kegemukan juga salah satu cerminan dari kegagalan pengurusan. Jadi, mungkin juga Allah tangguhkan detik tersebut supaya anda sedar dan baiki perkara-perkara ini.

3- Keluarga. Anda tahukan, bila sudah berkahwin, ketaatan anda sudah berpindah kepada suami. Keutamaan suami sudah berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasul, berbanding sekarang di mana tangga tersebut diduduki oleh ayah dan ibu. Boleh jadi Allah sengaja tangguhkan detik tersebut supaya anda dapat menghargai detik-detik bersama ibu dan ayah dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah tahu, ibu dan ayah anda masih belum puas mendampingi anda sebagai anak dara mereka sebelum diambil menjadi isteri orang. Jadi berilah perhatian kepada ibu dan ayah selagi mereka masih menjadi yang utama dalam hidup anda.

Banyak lagilah ‘boleh jadi’ yang lain. Saya kira, anda boleh ‘nampak’ segala ‘boleh jadi’ tersebut sekiranya anda ambil sedikit masa untuk memperhalusi dengan mata hati. Ia bukanlah mahu menafikan ‘kemampuan’ anda, tetapi anggaplah ia sebagai ‘bonus’ dari Allah sebelum tibanya saat-saat bahagia dalam hidup anda.
Seperkara lagi, saya sarankan anda banyak belajar dari pengalaman dan nasihat mereka yang telah berumahtangga. Biasanya, kaum hawa yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel ini adalah kaum hawa yang bukan umur remaja, pendek kata sudah dewasa. Jadi saya kira, adalah lebih mudah mereka mendampingi ‘puan-puan’ yang telah lama membina rumahtangga dan mencedok sebanyak mungkin pengalaman dari mereka. Anda mungkin tidak nampak kebaikan tersebut hari ini. Tetapi satu hari nanti, apabila anda telah sah bergelar isteri, anda akan sedar betapa berharganya setiap pengalaman orang lain dalam membantu anda mendepani alam rumahtangga.

KISAH MOTIVASI
Ini bukan cerita dongeng. Saya mahu hikayatkan kisah benar kepada anda. Kisah yang saya harap mampu menyuntik motivasi kepada anda supaya jangan bersedih ( la tahzan ) memikirkan tentang jodoh.
Suatu ketika dahulu ada seorang gadis yang mungkin ‘senasib’ dengan anda. Asal disebut saja tentang jodoh, awan yang cerah terus bertukar mendung. Adakalanya sampai hujan, siap ada guruh dan petir lagi. Banyak bayangan silam yang menerpa seterusnya mematikan sinar harapan kepada insan. Cuma Alhamdulillah, mati harapan kepada insan tetapi tidak mati harapan kepada Tuhan. Tali pergantungan dengan Allah tetap kukuh dan api keyakinan tetap cuba dimarakkan dari masa ke semasa. Setiap malam, sejadah dan Al-Quran menjadi teman setia. Siang harinya dia berusaha menjadi dirinya dan melangkah tabah menguruskan kerjaya.
Dalam saat-saat tersebut, lelaki yang tampil pula semuanya tidak jujur belaka. Sekadar nak kenal, sekadar nak berkawan, sedang yang diharapkan adalah seorang pemuda yang meyakinkan. Lalu dia tabahkan hati, digunakan segenap kesempatan yang ada untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya. Sehinggalah dia menjadi puteri yang benar-benar menyejukkan hati kedua ibu bapanya dengan khidmat baktinya saban hari. Berkat kesabaran, keikhlasan dan ketabahannya, Allah hadirkan seorang pemuda yang merupakan bekas kawan lamanya tika di sekolah dahulu. Pemuda tersebut sekadar bertanya dan kemudian terus melamar kepada kedua ibu bapanya. Dua bulan kemudian, mereka berdua sah bergelar suami isteri.
Itu satu kisah, yang boleh menyentak jiwa sesiapa sahaja yang masih ragu dengan takdir Allah.
Satu lagi kisah, seorang guru agama yang kehidupannya biasa-biasa dan rupanya juga ‘biasa-biasa’. Tidaklah cantik rupawan, bahkan boleh dikatakan sukar mendapat tarikan. Namun hatinya cukup cantik. Teman-teman rapat sangat tahu tentang kebaikan ustazah tersebut. Malangnya, jodohnya belum tiba meskipun umur sudah terlalu hampir dengan angka 30. Tipulah kalau dikatakan dia tidak bimbang dengan masa depannya sendiri. Tetapi bagaimanapun ribut di dada, Allah tidak pernah diletakkan di tepi. Kerjaya mendidik anak-anak comel di sekolah agama diniatkan sebagai wasilah bagi mendapatkan rezeki yang berkat lagi halal. Juga sebagai ruang ‘latihan’ menjadi isteri dan ibu mithali suatu hari nanti.
Siapa pun tidak terfikir, seorang anak muda yang baru sahaja dikenalkan dengan ustazah tersebut terus berhasrat untuk mengambilnya sebagai isteri. Anak muda tersebut bukannya satu negeri, tetapi dari orang tengah yang mengenalkan, tengok gambar dan terus berkenan. Tidak sampai empat bulan, bertunang dan tidak lama kemudian ustazah tersebut sah menjadi isteri orang.
Kisah ketiga, juga melibatkan kaum hawa yang agak berusia, maksud saya bukanlah muda remaja. Beberapa kali diminta teman-teman rapat untuk membantunya menemui calon suami yang sesuai. Tetapi belum juga berhasil. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kawan rapatnya seorang demi seorang diambil orang, dan dia bertindak menghilangkan ‘tekanan’ dengan memberikan sepenuh perhatian kepada pekerjaan. Dia aktif ke sana ke mari memberikan semangat dan dorongan kepada anak-anak muda. Siapa sangka, ada pemuda yang tertarik dengan jati dirinya dan kemudian terus merisik. Selang beberapa bulan, gambar bahagia dia dan suami menghiasi dinding facebook.
Semua kisah di atas, caturannya langsung terkeluar dari kemampuan otak manusia. Ia adalah takdir, yang dihadirkan Allah tepat pada masa dan ketikanya. Beribu-ribu orang sekalipun yang anda temui, mereka tidak akan mampu memberitahu anda tentang hari esok, melainkan apa yang mereka mampu hanyalah memberikan anda keyakinan agar terus teguh dalam menanti hari esok.
Dan saya juga begitu.
Saya bukanlah pengatur takdir, jauh sekali penentunya. Saya hanyalah pelukis kalam dengan seribu satu tekad, agar anda tidak lari dari teduhan sebuah pengharapan.
Percayalah, penantian anda itu tidak sia-sia.
Suram itu akan segera berganti cahaya.
Sabarlah.
Ia akan tiba dalam sedikit masa.
Allah itu ada. Dan kita akan terus meyakini-Nya.

Sekian.

Carilah Untukmu Seorang Imam

Salam readers....

ermmm menarikkan tajuk entry kali nih.....sebenarnya aku de tebace entry nih kat blog ustaz yg sgt aku suke tuh....ntahlah wpun dia muda tp penulisan die pd aku sgt bijak....

Ak sgt impress kalu dgn org bijak pandai nih...Alhamdulillah Allah beri byk kelebihan pd dia...n skrg ni pun die blajar kat Mesir..hebatkan....tp xpelah kat sini aku nak paste penulisan die ttg
"Carilah Untukmu Seorang Imam".....Bagus sgt entry nih....

Jomlah rakan2 wanitaku kita sama2 memahami isi entry penulisan Ustaz muda nih.....Moga kita semua memperoleh ilmu dlm usaha mencari pasangan hidup....yelah bkn senang nk kawen...dh nama pun nak jd pasangan till jannah kan???



Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Wednesday, 23 January 2013

twitter tweetittttt.....

tetibe jer ak tbaca tweet dr Ustaz Azhar Idrus...bunyi tweet dier camni...

"Cantik macam mana pun. Hensem macam mana pun. 
Masing-masing tetap ada kekurangan" 

ermmm....kan..kan..kan...so as human being kt sume pnah wat salah n ade kkurangan....jd xpyhlah kt yg hanya as hamba  nih nak belagak cam mulia n cam xpnah wat salah....xpfect pun kita nih....terimalah org yg anda kenal tu seadanya dia...

Moral of d stories jdlah diri sdiri n xplu nak tukar diri kita nih sbb ikutkan ckp org..sbbnya....mcm mn kt berubah untuk org pun belum ttu org tuh akan hargai apa yg kita buat......(ingatan wat diri sdiri....)
Renung2kan dan selamat beramal.....TQ UAI for d beautiful word of d day.....

My feveret things ever........

Weeehuuu readers...
 Time aku post entry nih jam dah kul 2.30 am...haiyakkkk i still can't sleep....mata masih bulat cam burung antu g nih..bsok keje...n 4sure ak pasti lambat lg..again n again..nasiblah keje tpat br bos agak flexible..ho3..nih msti kes mnum nescafe td...aduh.....tp kakak ak yg mnum dkt stngah jug td pun dah tdo xsdar mn2 dah pun..aku yg tbengong2 g kat bilik nih..

So dah xble tdo cmni pe g nk wat???beblogger blogging lah..kalu dulu de fb ble gak bc status kwn2 n komen mngomen but now nih je yg ade n tweet mentweet tu pun x aktif...mls...tp bgus gak xde fb..xdelah ak asyik 5min skali update status..spai nak berak pun nk check in kasi 1dunia tau...ho3..papelah ye wahai fbians....

Oklah entry kali nih...about my feveret things ever....yer r itu je yg aku nmpak dpn mata aku time nih....so amik jela tuk jdikan entry...ha3 bleh gitu...alah layan jerlah....
Ok lets stat marathon merepek...dlm sume brg2 aku yg pling aku sayang sekali of coz lah jam..gift from ayah....dh lama ak pakai...xde yg ble ganti jam nih....thanks but sorry dad...coz anak ayah nih dh mmg born to b not a punctuality person...(mmg x rs bsalah kan budak nih)...huuuhuhuhhu


Then...fyi im a book lovers...Aku nih jnis suke g lepak kat kdai buku cam popular,mph,kinokuniya atau mn2 jerlah yg byk buku...serius aku suka....sbb ble release stress tau bl bleh ddk bsila kat tepi rak2 buku sbil bc buku...tkdang bleh spent 5-6 jam kat stu xsdar..dasyatkan...itulah aku...tp slalunya ak g sorg2 ja sbb ak x sk bl g ngan org ak kn tkejar2 n xble lepak lm kat dlm tu...hu2..dulu Allah hadiahkan aku roomate yg sekepala yg jg seorg books lovers..so pas balik keje kalu xde pe nak wat mesti ktorg g Popular kat paradigm mall yg kbtulan shopping mall btul2 dpan umah ktorg...hmm  tp now die dah kawen..n aku pun dah move out dr umah sewa now.....so pasnih lepak sorang2 lah.....



Knpe ttbe de lori Milo kat sini kan??hi2..yerlah dh nme pun my faverets thing ever kan...lori tuh Gjul yg ksi..so???xpyh xplain lg lah kan npe ak syg lori Milo tuh..ho2..wlaupun ia hanyalah lori milo......

 
Dsbalik lori tuh de pfume2 yg mmg ak syg gl...beli dh lama tp cam x abis2 je g....sbb cam syg je nk pakai...gila tul budak nih...tp kalu time ak in critical stress ak mesti pakai pas2 aku tido...pergh...tbaikkan stress treatment ak...ha2...






aromatherapy....sgt best n bgus utk relax pas sharian penat keje...b4 tdo tuh mesti ak pasang..knon2 mood ala2 romantik g tuh....auchhh...ha2....best tau ddk dlm bilik yg gelap n hnya btmankan lilin2 tuh jer....nk tau cmner feel awk2 kn lah try....


Last but not least my fveret things ever is patung harimau tuh..mesti kn ade kalu nk tdo...xpyh de bolster or bntal byk2 ckup je dgn ade harimau tuh....Y ak syg???patung nih Mak Gjul kasi...hu2 suwitttt kan...mmsuwitttt...like.....
dah sedia nak tdo..bilik dah gelap...yg tgal hanya cahaya lilin nih jer....nitezzzzzzz.....
Dah3..time 2 sleep......bsok keje lah dzt oiiii...mati bgn lmbat lak...
Daaaaaa selamat pagi wahai warga2 bloggers sume.....assalamualaikum.....Muahxxxx

Tuesday, 22 January 2013

Cerita si Budak Kampung......

morning readers....

Today is my good day....weeeehuuuuu...ntahlah nape...tp rs best sgt today...........

Pastu pepagi td tetibe dpt mes dr ayah asking me how's my life...ermmm my life???Alhamdulillah dad...doa mak ngan ayah dan Berkat dr Allah SWT make me more appreciates my life now....n dlm tgh2 rasa best nih rindu lak kat my kampung....rindu sgt mak ayah....hmmm rindu my bedroom kat umah ayah kat kampung......apelah mak ayah masak arini.......dlm masa2 rindu kat mak ayah n kampung ak nak share skit ak nye kampung.....

Ni lah view dr dlm bilik aku...waaaa rindu......

gbar2 kat bwh nih plak view rumah ayah mak kat kampung...serius rindu....ermmm..nasib jauh..kalu x mmg dah pacu laju2 dah balik kampung...btul kan org ckp...mcm mn heaven life kat kl pun...kat kampung gak best.....tp kejap jer lah....ddk seminggu dh mula rindu kl....sbb kat kg xble nak lepak mamak lewat2 pagi...bkn mak ayah tak kasi tp xde kdai mamak  nk bkak spai lewat pg cam kl.....kalu g kfc kul 1pg pun rs cam pelik jer sbb kalu kat kg kul 10 mesti dah ngantuk...hu3

kalu korang tgk Rumah kat kg aku  sbnarnye penuh ngan pokok2...sbbnya ayah aku sgt suka tanam pokok...n yg peliknya kalu ayah aku tanam and wat garden jadik jer tp kalu kakak2 aku wat garden aku tgk ksian jer pokok tu..las2 mati cam tu jer......hahhahah sorry sis..

cantikkan ikan2 tuh....hmmmmm
my dad feveret
cool jer kat kampung kan....my dad hobbies

 
hijau......
Asam Pedas air tangan mak
ikan hasil pancing abg ipar n anak buah aku hanif....
erm bes kan mkanan2 kat cni...ni sume homemade tau.....sedapkan....ni pun salah satu sbb ktorg sume tak ble stay lama2 kat kg....cfirm sminggu balik kampung naik bekilo2..mana taknya makan jer keje...
ayah ak pnya style xberenti tnye nak mkn ape......tgh2 bfast diadah tanya plan nak mkn ape utk lunch...pastu xsempat nak lunch die dah siap tnye ape nk wat utk tea time...pas2 dinner lagik..haiyakkk ayah..ayahh.....itulah ayah...watkan anak2 ayah sumenya jd food lovers....hik3...so calon suami aku 4sure lah kena blajar adapt with our family lifestyle...kalu tak maaplah ya Encik...U're reject..out of my list..kih3.....
alah merepek jer aku nih....dah2 ak dah nak kene sbung keje....ok done for today entry.... daaaaa. TQ for view ya...chauuuu
Ni lak masak lemak nangka..mak yg wat....perghhhhhh

Ulam-ulaman
Lunchies......mcm rs nak blik kg now ja...haiyakkkkk








steamboating time.......weehuuuuuu


 



Monday, 21 January 2013

Monday blues.....

Morning readers....

ntahlah arini nak merepek ape kan...monday blues r today.....dtg keje pun lambat gara2 lambat bgn, tudung xnak jd waaaaaa sumenye xmenjadi....and im late...........kul 9 baru sampai ofis....tbaik lah awk Dzety...hik2..

Keje byk nih...waaaaaa......tp jap tgh amik mood dl....

ermmm kwn2 ku semua aku nak bgtau kat cni aku dah xde fb tau..deactivate sudah...sbb byk sgt kenangan ngan fb tuh...korang jgn lah slah paham bl tak dpt search ak kat fb..rmai gak yg ckp aku block dr masuk fb ak...sbnarnye x....ak dah xde fb...biarlah diam2 sdiri...kang kalu ade fb mesti aku update ntah pape...

kalu korang nak cr aku ble jer cr kat twitter or leave je mes kat cni....

erm..otak cam blur r today...oklah nak mula wat keje dah....daaaaaaa


"Ya Allah, ampunilah ksalahan, kbodohan& kterlaluanku dlm sgl urusan & ampuni pula sgl dosa yg Engkau lebih mengetahui drpd aku. (HR Muslim)"





Thursday, 17 January 2013

serabut day....


 
Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski pun ku tak bisa melupakan salahmu
Resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakanmu
Cinta jangan kau pergi
Jauh dari diri ku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia hingga hujung nyawa........


Tuesday, 15 January 2013

Rezeki di pagi hari

Morning reader....

korang dah bfast???erm aku pepagi dah bfast kat umah...last day wit mak..arini mak dah balik kg...
huhuhuhu sedey...

and tentang tajuk entry pagi nih.....ade sorang kakak kat ofis nih selalu je wat mkn n bw dtg ofis...baik n rajin kan dier...
n hari nih plak die kasi kat aku ngan kwn2 kuih nih...nyummy2....


hihhiiihi... Papepun thanks kak khamisah.....moga agak stiasa dimurahkan rezeki........

Tima kasih Allah atas rezekimu dan moga ku dpermudahkan segala urusanku pada hari ini....amin....







Monday, 14 January 2013

Tea Time.....

haluuuuu.....

Tea time.....Weeeee....di saat kwn2 melepak kat pantry aku lak membusykan diri nak update blog....hihihi....

ni jerlah yg mampu utk Tea Time..... Detox Tea + Plain Water....huhuhuhuu sbbnye sy xnk g mngmukkan diri....dahlah asyik ddk kat ofis nih....waaaaaa


hari nih ntah lah npe aku asyik replay lagu "Adamu by Najwa Latif.... 

So while tgh kemas2 meja Jom r Layan vdeo clip lagu nih nih.....daaaaa.....



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

 

   

Besday Girl Celebration

Besday gurl si Hana Nabila








Halu...Good Morning readers.....

Monday blues tul lah today....waaaaa mls.....now ak nak berblogger blogging lah...hikkkk.....
Ssshhhhhh bos tgh jeling2 tuh...weeee de ku  kesah.....hahahhahah

ok now ak nak share skit aktiviti ak n family ak smalam....smalam ktorg sambut besday gurl anak buah aku Si Hana Nabila yg nakal....hohohohoo...


Hepy Besday Hana...dah 8thun dah kamu....rs cam kecik jer lagi dak nih.....papepun jom layan gbar jerlah..













Play time....weeeeee
Hana Wit Tok.....
Makngah, Hanif and Besday gurl
Makngah n Maksu Homemade




Nyummy~~inilah si owner blog.....


Acu + Angah + Hana




Hepy Besday Hana 8th Years old..Luv U




Saturday, 12 January 2013

Rezeki di pagi Sabtu..........

Morning readers....
korang dah bfast?? pg nih kakak aku wat scramble egg n sausage jerr...pas2 pepagi lg jiran sebelah umah aku mai antar kek nih.....Wish u hepy besday Shahrul......Weeeeee gemuk r ko pas cik Dzety......
Thanks Ulen for d bfast
btw murah tul rezeki aku seminggu dua nih....asyik mkn jer......tima kasih to my family and kawan2......n d most important is tima kasih Allah atas rezekimu....smoga kau sentiasa memberkati hidupku, ahli keluargaku.rakan2ku dan org2 yg mengenaliku......Amin......
Chocolate Banana from Secret Recipe